Followers

Monday, 12 October 2009

Benarkah UMNO Telah Kuat Kembali?

Kemenangan UMNO di Bagan Pinang dikatakan sebagai kejayaan yang cukup significant kepada parti itu khasnya dan Barisan Nasional amnya. Ramailah penganalisis dan tokoh-tokoh UMNO yang mula mendabik dada dan mengimpikan bahawa ia akan membawa domino effect pada masa yang terdekat dan seterusnya kepada pilihan raya ke 13 yang akan datang.

Perlukah kita terlalu ghairah untuk membuat kesimpulan sedemikian? Tidakkah ini tindakan yang terlalu premature? Hakikatnya UMNO telah kalah dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia sebelum ini. Ini baru kemenangan pertama. Bayangkanlah dalam permainan bola sepak di mana kita sedang kalah 7-0. Tiba-tiba kita berjaya menjaringan gol. Itu baru 7-1. Bagaimana kita boleh bersorak dengan riuh rendah mengatakan kita telah menang? Bagaimana kita boleh mengatakan kita ini kuat dan lawan kita sudah lemah? Logikkah alasan kita? Masuk akalkah kesimpulan yang telah kita buat?

Usah pergi jauh ke peringkat nasional. Lihat sahaja di peringkat negeri Kedah atau lebih baik di peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah. Bolehkah kita mendabik dada sekarang mengatakan gelombang biru telah mula melanda Kuala Kedah? Cukup melucukan dan mencuit hati kiranya ada yang berpendapat sedemikian....

Hakikatnya Kuala Kedah masih seperti dahulu. Belum ada perubahan drastik berlaku yang boleh menunjukkan UMNO telah berjaya memikat pengundi kembali. UMNO masih jauh di belakang. UMNO masih jauh ketinggalan.

UMNO masih berperang sesama sendiri. UMNO masih tercari-cari formula baru untuk memikat kembali para pengundi. Pengundi veteran mungkin masih setia kepada UMNO. Golongan pertengahan dan golongan muda telah ramai yang lari menjauhkan diri. Begitu juga kaum bukan bumiputera..

Apakah yang telah dilakukan oleh UMNO sekarang sudah mencukupi? Pemuda dan Puteri masih sepi. Wanita pula sering melarikan diri. AJK Bahagian masih lagi berbalah sesama sendiri. Kepimpinan tertinggi juga masih enggan berbaik demi parti. Walaupun imej solidariti cuba diberi namun hakikatnya ia umpama lakonan dalam satu pementasan yang jelas tidak menjadi...

Dengan cara beginikah UMNO akan berjaya menang kembali? Hmmm... rasanya masih jauh perjalanan yang perlu dilalui.!

2 comments:

Anonymous said...

Ada hang baca Mohd Rahmat (ex menteri penerangan) punya buku tak? interesting...regarding UMNO gak

ROBAH said...

Masih banyak perlu dilakukan oleh UMNO, terutamanya dari segi sikap. Pemimpin UMNO tidak harus melihat orang yang cuba mendekati mereka sebagai orang yg ingin menagih ssuatu. Bila mereka bersikap sedemikian mulalah muka mereka tidak menunjukkan mesra rakyat.

Pemimpin UMNO perlu menerima sesiapa sahaja yang ingin membantu UMNO, sekarang pemimpin sedia ada, kerap kali mencantas ahli yang dilihat menonjol kerana bimbang akan berpengaruh lebih dari mereka.

Pemimpin UMNO tidak 'over expose' dalam mendekati rakyat di saat sekarang, kerana akan disalah anggap ingin menjadi Menteri dan lain-lain lagi.

Bagaimana pula cara untuk mendekati rakyat? terlalu kerap dikatakan gila jawatan, tidak bertemu dikatakan sombong, jadi bersederhanalah, berbaiklah dengan sesiapa sahaja, tidak kira dia ada kelulusan atau tidak ada kelulusan, ia pegawai atau kuli arang, semuanya penting...

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails