Followers

Friday, 2 October 2009

Habis Manis Sepah Dibuang?

Ramai yang bertanya Paksu, kenapa sejak meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Kuala Kedah, mereka tidak lagi nampak Paksu di mana-mana majlis UMNO lagi. Paksu ni merajukkah? atau sudah beralih arah?

Seperti yang pernah Paksu tekankan dahulu, Paksu masih kekal sebagai ahli UMNO biasa. Tak pasti lah pula sama ada Paksu telah dibuang atau tidak. Namun sepanjang yang Paksu ketahui diri ini belum pernah disingkirkan lagi daripada menjadi ahli...

Memang Paksu telah meletak jawatan secara rasmi dan ia telah diterima oleh Y.Bhg Dato' Latt melalui emel yang telah dikirimkan kepada Paksu lebih kurang beberapa minggu selepas tarikh surat rasmi yang dikirimkan kepada beliau.Kenapa Paksu tidak hadir ke majlis UMNO lagi? Jawapannya mudah sahaja, kalau tidak dijemput macam mana Paksu nak hadir ? Kenduri manapun kalau tidak dijemput, kita tidak boleh meredah membuta tuli.. Ikut Islam , lagilah dilarang.

Paksu tidak pernah menyalahkan sesiapa. Paksu sedar di mana diri ini berada. Paksu sudah tidak ada apa-apa. Siapalah Paksu ini... Hanya sekadar insan biasa yang tidak mempunyai kedudukan lagi. Tidak lagi diperlukan dan tidak lagi dihargai.

Kini sudah tidak ada lagi panggilan telefon atau sms bertanya khabar. Sudah tidak ada lagi senyuman bila berjumpa di tepi jalan. Malah ramai yang cuba menjauhkan diri. Berjumpa di pasar raya atau di pasar malam pun, mereka dengan pantas berpusing ke arah lain. Tidak ada lagi jemputan minum di kedai kopi, tidak ada lagi jemputan ke majlis kahwin atau majlis kesyukuran. Rumah terbuka pun tidak pernah dijemput atau diberitahu. Semua orang tidak lagi mahu mengenali diri ini.Umpama habis manis sepah dibuang...

Paksu sebenarnya tidak ambil hati. Ketika meletak jawatan, perkara sebegini memang telah Paksu bayangkan akan terjadi. Paksu telah lama mengenali orang-orang UMNO. Mereka sahaja yang tidak mengenali Paksu sebelum ini. Paksu anggap ini sebagai lumrah dunia. Hidup ini umpama roda , ada masa di atas dan ada masa di bawah. Kalau kita ada kedudukan, kita dihurung seperti semut menghurung gula. Bila sudah tidak ada apa-apa, kita umpama sampah busuk yang perlu dibuang seberapa segera.

Paksu telah maafkan mereka semua. Paksu sebenarnya tidak hilang apa-apa. Paksu kembali menjadi insan biasa. Menjaga keluarga dan terus bekerja sebagai Pakar Jiwa. Segala tohmahan dan kejian daripada mereka yang berhasad dengki pun sudah tiada lagi. Maklumlah ia tidak lagi membawa sebarang erti..Alhamdulillah! Paksu bekerja untuk UMNO sebelum ini pun adalah kerana memikirkan anak bangsa dan agama. Bukan untuk mencari pangkat dan kedudukan. Alhamdulillah, Paksu sudah mencapai hampir semua apa yang Paksu inginkan dalam hidup setakat ini. Usaha dan kerja yang dibuat dahulu hanyalah bagi mencari secebis pahala untuk dibawa ke akhirat bila Paksu sudah tiada.

Terima kasih Paksu ucapkan kepada Y.Bhg Dato' Latt kerana telah memberi peluang kepada Paksu sebelum ini. Paksu serahkan pula kepada orang lain untuk meneruskan perjuangan. Paksu tidak pernah meminta untuk dilantik semula. Paksu juga tidak lagi mahu mengacau daun atau menyibuk dengan pentadbiran Biro Penerangan di bawah kepimpinan yang baru. Biarlah Ketua Penerangan yang telah dilantik baru-baru ini membawa haluan dengan cara dan acuannya sendiri. Masa Paksu sudah berlalu. Tidak perlu menjadi seperti orang yang gila talak atau menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO yang baru.

Dalam Islam , berdendam tidak akan membawa kita ke mana-mana. Hanya akan mendekatkan kita kepada Syaitan dan kegilaan dunia.....

3 comments:

Detguaq said...

Salam Pak su,

He he he.....seronok juga boleh panggil paksu kat Doktor pakar jiwa. Mungkin memang benar pengunduran paksu tidak sangat diraai oleh mereka yang tertentu baik dari Bahagian KKdh mahupun UMNO negeri, tetapi pejuang-pejuang UMNO generasi X amat merasai kehilangan orang seperti paksu.

Terima kasih atas sms ucapan raya kepada saya. Ini menunjukkan perhubungan kita sudah memasuki fasa silratulrahim, bukan hanya hubungan berlandas politik semata.... Izinkan ssaya menjadi follower dibloh ini.

Tinta Persona said...

terima kasih di atas komen yang diberikan. saya ini hanya umpama malukut di tepi gantang. ada tiada pun tidak akan memberi kesan..

sebenarnya saya lebih selesa begini. lebih bebas untuk meluahkan apa yang bermain di minda. sama ada ianya diterima atau tidak , itu lain cerita...:-)

saya juga amat menghargai pandangan anda yang sememangnya jauh lebih berpengalaman dan mahir dalam bidang ini daripada saya.

terima kasih sekali lagi.

wassalam.

zue said...

salam
Doc saya ada sms u utk hadir my open house.. tak jawab pun dan doc tak hadir pun!!

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails