Followers

Tuesday, 13 October 2009

Jiwa Baru Dalam UMNO - Bolehkah Ia Menjadi Realiti?

Tan Sri Muhyidin Yasin malam ini dalam ucapan Perasmian Persidangan Serentak Pemuda, Wanita & Puteri UMNO mahukan UMNO berubah - transformasi - kepada UMNO yang baru - berjiwa baru bersesuaian dengan kepimpinan baru . UMNO katanya ialah Parti Dari Rakyat, Oleh Rakyat dan Untuk Rakyat

UMNO perlu gemilang semula . Perjuangannya perlu berlandaskan agama. UMNO perlu melahirkan barisan pelapis dan kepimpinan yang sedia untuk berkorban demi parti, agama dan bangsa.

Tidak boleh wujud lagi golongan munafik dalam UMNO, golongan Si Kitul dalam UMNO. Tidak boleh lagi ada cantas mencantas, tidak boleh lagi ada ugut mengugut dan tidak boleh lagi persengketaan dalam UMNO. Tiada lagi kumpulan A atau B. Hanya satu suara, satu wadah , satu tujuan , satu pasukan dan satu UMNO...

Alangkah baiknya kalau ini menjadi realiti.. Alangkah hebatnya kalau UMNO bersatu kembali. Alangkah gemilangnya kalau UMNO dapat merapatkan barisan demi menjamin kegemilangan parti..

Mungkin ketika bersidang, semua perwakilan amat bersemangat sekali. Namun apa yang dikhuatiri ialah apabila mereka kembali ke kawasan sendiri, segala azam mungkin akan hanya tinggal mimpi....

Transformasi ? Mungkinkah ia hanya rhetorik atau adakah ia benar-benar akan menjadi realiti? Kembali kepada kegemilangan atau akan terus menuju kehancuran. Bangun semula dengan lebih perkasa atau kecundang sebelum berjuang?

Kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, tepuk dada , tanyalah selera !

1 comment:

kulcha said...

Semua perwakilan yg datang pun yg terpilih je..kalau nak harap datang sendiri, ada yg tak nak sebb kena keluaq duit sendiri. Then yg datang pun mungkin pemimpin bahagian je..bukan ahli biasa, betui tak?

Tranformasi mestilah pada diri sendiri dan pemimpin atasan mahupun bawahan, mampukah UMNO bangun kembali..hmm, kalau kejatuhan ekonomi mengambil masa yg lama..UMNO pun mungkin..

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails