Defition : rheroric : http://www.thefreedictionary.com/rhetoric
rhetoric [ˈrɛtərɪk]
n
1. (Literature / Rhetoric) the study of the technique of using language effectively
2. (Literature / Rhetoric) the art of using speech to persuade, influence, or please; oratory
3. excessive use of ornamentation and contrivance in spoken or written discourse; bombast
4. speech or discourse that pretends to significance but lacks true meaning all the politician says is mere rhetoric
[via Latin from Greek rhētorikē (tekhnē) (the art of) rhetoric, from rhētōr rhetor]
Collins English Dictionary – Complete and Unabridged 6th Edition 2003. © William Collins Sons & Co. Ltd 1979, 1986 © HarperCollins Publishers 1991, 1994, 1998, 2000, 2003
Definisi Retorik (Kamus Dewan)
Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca
Ulasan :
Sesungguhnya politik negara kita (dan boleh dikatakan majoriti semua negara di dunia ini...) dipenuhi dengan fenomena ini.
all the politician says is mere rhetoric.
maksudnya
apa yang diperkatakan oleh ahli politik hanyalah retorik semata-mata ...
Hakikatnya kebanyakan apa yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli politik berbentuk adalah berbentuk Retorik Pemujukan. Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.
Ambillah mana-mana ahli politik baik daripada pembangkang mahu pun kerajaan. Nada dan cara yang digunakan sama sahaja. Natijahnya pun sama - menang pilihan raya dan berkuasa memerintah.
Kadang-kadang pemimpin kita lupa (dengan sengaja atau tidak sengaja) bahawa rakyat bukanlah boleh diperbodohkan dengan kata-kata manis selama-lamanya. Pada zaman yang serba canggih dan dalam dunia yang tanpa sempadan ini, politik cara lama tidak lagi boleh digunapakai sepenuhnya.
Jika dahulu, semua yang dihebohkan dalam Media Perdana dianggap sebagai 'the whole truth and nothing but the truth' dan perlu dipercayainya sepenuhnya. Media Alternatif pula dilabelkan sebagai pembawa fitnah semata-mata. Namun kini MASA TELAH BERUBAH. Media Perdana kini telah hilang taringnya.
Begitu juga pemimpin kerajaan. Mereka juga menerima nasib yang sama - tidak kira daripada UMNO, MCA dan MIC atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional. Namun oleh kerana UMNO merupakan parti terbesar, impaknya mungkin lebih terserlah berbanding parti lain.
Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? PEMIMPIN - RAKYAT - PARTI - ATAU SEMUA ORANG ? Apa yang jelas ialah rakyat kini telah bijak menilai. Pemimpin yang hanya pandai bermain kata-kata tidak lagi menjadi pilihan. Janji manis dan wang yang ditabur tidak lagi boleh menjamin kejayaan yang cemerlang dan gemilang....
Tidak perlu terus-terusan berbohong atau bercakap berbunga-bunga. Tidaklah perlu bersembunyi di sebalik kata-kata yang indah tapi jelas dusta semata-mata.
Kalau ekonomi kita lemah -katalah lemah. Kalau negara tidak berduit - akuilah dengan ikhlas. Tidak perlu berdolak dalik . Tidak perlu mengindahkan kata-kata dengan statistik yang direka-reka.
Potong sana , potong sini. Kononya untuk tujuan berjimat cermat. Tapi mengapa pada yang sama kita berbelanja sakan dan membuat pembaziran di sana sini pada sesuatu yang tidak langsung menguntungkan rakyat.
Adakah slogan RAKYAT DIDAHULUKAN - PENCAPAIAN DIUTAMAKAN atau UMNO JUARA RAKYAT benar-benar dipegang secara hakiki?
Rasanya daripada apa yang sedang dan telah berlaku, semua ini juga merupakan RETORIK semata-mata. Umum mengetahui bahawa ia tidak lebih seperti laungan kosong yang cuba memperbodohkan kita semua.
Renunglah diri sendiri wahai pemimpin yang kami hormati. Jangan suka bercakap meninggi diri dan menabur janji yang tidak akan kamu tepati.
SEDARLAH BAHAWA RAKYAT AKAN SENTIASA MENILAI ANDA - TIDAK KIRA ANDA PEMIMPIN HINGUSAN DI AKAR UMBI ATAU ANDA ADALAH PERDANA MENTERI...
KURANGKAN BERCAKAP DAN BANYAKKAN BEKERJA
KURANGKAN BERCAKAP DAN BANYAKKAN BEKERJA
BUATLAH SESUATU UNTUK MENCARI PAHALA DAN BUKANYA UNTUK MENAGIH PUBLISITI MURAHAN SEMATA - MATA.
No comments:
Post a Comment