Paksu tertarik dengan komen yang dibuat oleh TPM kita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Anda boleh membacanya di bawah atau di sini
TPM anggap tindakan tidak siuman
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
Bagi Paksu, persoalannya bukan mereka ini siuman atau tidak siuman. Yang penting lebih penting ialah kenapa fenomena begini dibenarkan berlaku?
Sejak kebelakangan ini banyak kes yang terjadi dan seolah-olah cuba mencabar kesabaran kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia di negara ini. Apa yang membimbangkan ialah cara pemimpin kita menangani masalah-masalah sebegini dilihat terlalu lembab, lemah dan tidak IMMEDIATE.
Kita tidak hanya boleh mengutuk atau mengulang-ulang amaran demi amaran. Mereka yang melakukan jenayah begini harus dihukum DENGAN SEGERA DAN SERTA MERTA. Menunggu kes mahkamah bagi Paksu terlalu lama dan tidak akan dapat memberi impak yang cukup kepada golongan begini.
Mereka ini KURANG AJAR, BIADAP DAN TIDAK BERHATI PERUT. Mungkin itulah ungkapan atau gelaran PALING MANIS dan SOPAN yang boleh diberikan. Banyak lagi perkataan yang BERSESUAIAN yang boleh Paksu diberikan tetapi mungkin ia kurang sesuai untuk diucapkan! (takut nanti blog ini akan hilang kredibilitinya pula..)
Paksu amat hairan dan kecewa kenapa PM, TPM dan Menteri Dalam Negeri tidak mahu menggunakan ISA bagi menangkap dalang-dalang di sebalik perbuatan sedemikian. Menghina Allah SWT, menyerang surau dan terkini melontarkan kepala babi hutan. Apakah ini tidak cukup untuk kita menggunakan akta tersebut? Tidakkah kita bimbang akan kemungkinan berlakunya rusuhan kaum atau agama jika ia dibiarkan berterusan?
Entahlah... Mungkin pemimpin kita ada alasan mereka tersendiri. Cuma Paksu risau kerana emosi ramai umat Islam di negara ini termasuk Paksu sendiri telah lama terguris dan terhiris. Mungkin bagi kita yang masih siuman dan boleh mengawal diri, perkara sebegini masih boleh difikir secara waras dan dinilai dengan sebaik mungkin.
Paksu sering termenung di waktu malam kebelakangan ini. Bimbang bumi Malaysia akan berlumuran darah dek akibat perbuatan sebegini. Bagaimanakah kita akan menghadapinya jika Peristiwa 13 Mei berulang semula? Apa pula yang akan jadi kepada anak cucu kita?
Paksu merayu dan berdoa agar pemimpin kita diberi petunjuk dan hidayah untuk menghadapi dugaan ini. Harapan Paksu, mereka akan berjaya menanganinya dengan bijak dan berkesan. Mereka ada kuasa dan Paksu berharap mereka akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Ya Allah, peliharalah negara kami daripada terus dinoda dan dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Berikanlah kekuatan untuk kami semua menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya...
Daripada Utusan Malaysia
CEBU 27 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap individu yang membaling kepada babi ke dalam dua buah masjid di ibu negara hari ini.
Sambil meminta semua pihak bertenang dan tenteram, beliau juga mahu polis mengambil langkah segera dan bertindak ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Muhyiddin turut menyifatkan kejadian itu sesuatu yang memalukan dan beranggapan seluruh rakyat Malaysia tidak kira umat Islam atau bukan Islam, mengutuk perbuatan tersebut.
‘‘Kejadian ini adalah sesuatu yang tidak siuman dan tidak seharusnya berlaku. Ia juga sangat bertentangan dengan amalan-amalan rakyat Malaysia yang rasional,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai reaksi kepada kejadian masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa, Kuala Lumpur dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan.
Dalam kejadian awal pagi itu, objek tersebut ditemui oleh jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh dalam keadaan berbungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35.
No comments:
Post a Comment