Lihatlah apa yang sedang berlaku. Blog, laman web, facebook dan sebagainya berlambak-lambak di alam siber. Mungkin ada yang berkata, itu satu petanda baik bahawa mereka kini telah mula mengorak langkah untuk memenangi hati pengundi muda.
Cuma apa yang kurang menyenangkan ialah ramai daripada pemilik blog, laman web atau facebook (khususnya Pemimpin Parti atau Yang Berhormat, Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan sebagainya) itu :
- menswastakan blog, facebook atau laman web mereka - ertinya orang lain yang mengendalikannya untuk mereka...
- malas update
- hanya syok sendiri dan lebih suka mempromosikan diri sendiri
- tidak ada interaksi dengan pengunjung - lebih berbentuk one way communication
- tidak mengulas sesuatu isu dengan idea yang tersendiri atau tidak ada diskusi yang boleh merangsang minda
Kalau dinilai keadaan sekarang, ianya nampak penuh dengan hipokrit, retorik atau the worse part - it is simply insulting our intelligence' !
No comments:
Post a Comment