Followers

Thursday 17 September 2009

Jangan Buat Terlalu Banyak Program!

Baru-baru ini Paksu ada berjumpa seorang veteran UMNO Kuala Kedah yang sangat-sangat Paksu hormati. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Paksu terutama ketika aktif dalam politik.

Menariknya, beliau berkata salah satu kesilapan besar yang Paksu buat semasa menjadi Ketua Penerangan ialah membuat terlalu banyak aktiviti. Ia merupakan sesuatu yang tidak disukai khususnya oleh sesetengah orang kuat atau orang lama UMNO yang lain. Paksu sepatutnya tidak terlalu menonjolkan diri kerana ia membuatkan imej mereka akan tercalar kerana mereka tidak berbuat apa-apa langsung. Itulah punca utama mereka tidak sukakan Paksu. Maruah mereka tercabar and that is something which was not acceptable. Paksu dilihat sebagai satu ancaman atau musuh dan bukannya sebagai sahabat atau rakan. Paksu merupakan orang baru yang perlu melalui apa yang mereka telah lalui. Paksu perlu banyak menonjolkan mereka dan bukannya diri sendiri.

Paksu termenung panjang bila mendengar nasihat tersebut. Adakah sebelum ini Paksu benar-benar cuba menonjolkan diri atau cuba mempopularkan diri sendiri? Adakah dengan membuat banyak aktiviti, ia merupakan sesuatu kesalahan? Paksu musykil dan keliru kerana sebelum ini Paksu telah cuba sedaya upaya untuk hanya mengambil tempat di belakang tabir.

Dalam sebarang aktiviti, Ketua Bahagian akan semestinya Paksu dahulukan. Jika beliau tidak ada , sesiapa yang telah diamanahkan oleh beliau akan Paksu tolak ke hadapan. Biar Paksu di belakang kerana Paksu bukan inginkan publisiti. Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan itu jelas dan menepati sasaran. Paksu sendiri tidak pernah berminat untuk menjadi lebih daripada itu. Itu adalah sesuatu yang Paksu pegang sejak daripada hari pertama Paksu memegang jawatan tersebut.

Namun mungkin ada tindakan Paksu disalah ertikan. Mungkin ada tingkahlaku Paksu yang telah mengguris perasaan. Jika itulah apa yang telah berlaku, ampun dan maaf Paksu pohonkan. Mungkin ada hikmahnya Paksu meletak jawatan kerana kini sudah tiada lagi tuduhan dan tohmahan. Tiada lagi kata-kata nista yang menghiris perasaan.

Mereka yang sebelum ini pernah berbuat demikian boleh terus bertepuk tangan dengan penuh kegembiraan. Biarkanlah mereka dengan dunia mereka. Biarkanlah mereka dibuai mimpi-mimpi indah kerana telah berjaya membuat Paksu berundur diri. Paksu tidak pernah berasa kalah atau pun rugi. Seperti kata Paksu dulu, patah tumbuh hilang berganti. Satu pergi , beribu yang akan menawarkan diri.

Hakikatnya, seperti kata Tun Mahathir, pemimpin datang pemimpin pergi. Yang lebih penting adalah parti. Dalam hidup ini, jika merasa diri tidak lagi diperlukan lagi, lebih baik kita mengudur diri sebelum kita diminta pergi !

2 comments:

MLanz said...

Aku pun pernah jadi macam hang..last2 aku quit jugak sebb aku aje yg dok buat kerja...malas la, yg lain asyik nak mengampu je..

wanbaki said...

salam...
Biasa la Paksu.. kalau pakat dok buat kerja nak bagi naik NAMA pun tak pa jugak...masalahnya bila orang buat depa dok kerat...kepala hotak depa..ini lah BARAH dalam UMNO...silap sikit tak suka ja KEPAK, CANTAS, CINCANG, semua ada. Kalau ada orang buat program, p la pakat turun meraikan program. kalau tak mau bersama, buat program sendiri..jangan buat perangai bangsat dalam parti sendiri...
maaf la paksu...emosi sikit..bukan apa...pasai sayang....

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails