Maksudnya: Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengatakan orang lain.
(Tapak tangan tidak akan mengeluarkan apa-apa bau. Ia hanya akan berbau sekiranya kita memegang sesuatu yang berbau. Jika terbau sesuatu, hendaklah mencium tangan sendiri dahulu sebelum menuduh orang lain, mungkin tangan sendiri yang membawa bau tersebut)
Paksu sebenarnya tidak berapa sihat untuk menulis malam ini. Tetapi entah kenapa ketika melayari internet, tiba-tiba terjumpa peribahasa ini. Cukup hebat dan ulasan maknanya juga amat menarik perhatian.
Semenangnya dalam kehidupan seharian, kita suka mendengar cerita. Apa saja cerita, asalkan ia boleh mengisi masa. Cerita panas tentulah lebih dicari kerana ia boleh digunakan untuk mengeji dan mencaci...
Kerapkalinya dalam kita mendengar cerita , pelbagai versi dan andaian yang kita terima. Masing-masing dengan gaya dan corak penceritaan yang tersendiri.
Maklumlah, ramai daripada kita pakar dalam mengolah cerita. Demi untuk mencari menceriakan suasana atau mungkin juga untuk memenuhi agenda. Ringkasnya, apa yang kita dengar tidak semestinya apa yang dimaksudkan oleh si dia yang mengeluarkan kata-kata. Malangnya itulah realiti sebenarnya...
Kerapkali kita suka menuduh dan mengata. Mungkin itu sudah tabiat kita. "Tak tumbuh tak melata, tak sungguh maka tentulah orang tak kata".. kata sesetengah bijak pandai di kedai kopi di tebing Sungai Kuala...
Seronok sebenarnya mengutuk orang dan memfitnah orang ni. Maklumlah, naluri manusia memang suka melihat orang lain menderita. Biarkan.. janji dia sahaja yang dapat membolot semuanya...
Bila nafsu menguasai diri, maka terlupalah dia akan dosa dan pahala. Apa yang lebih penting ialah kemewahan dan kuasa.
Paksu sendiri pernah menjadi mangsa. Dikutuk, dihina, difitnah dan bermacam-macam yang dihamburkan oleh mereka yang mengaku pembela bangsa. Malah orang yang dianggap sahabat, juga turut mengadu domba. Kerana apa? Kerana inginkan pangkat dan kedudukan yang selesa...
Hingga kini masih ada suara-suara yang kedengaran. Walau pun tidak sehebat dahulu, namun ia masih bermain-main di telinga.
Kadangkala rasanya mungkin mereka ini sebenarnya sudah ada gangguan jiwa...Paranoia , prasangka dan segala-galanya sudah ada pada mereka.
Paksu kadang-kadang tersenyum sendirian juga. Hebat juga Paksu ni ya hingga mereka begitu gusar ke tahap gila...Dah pencen pun kena juga rupanya!. Paksu dituduh mempunyai proxy atau menggunakan pelbagai nama....
Alahai...... Paksu ni pakar jiwa adik kakak pakcik makcik ooi...,bukannya sakit jiwa seperti sebahagian daripada mereka semua..
Kalau Paksu ni nak bersuara, lebih baik bercakap direct saja. Tak rugi sekupang pun...Jadi tolonglah.. janganlah keldai hendak dijadikan kuda!
Paksu nasihatkan kepada mereka semua, sudah tu sudahlah...Eloklah pergi mengaji sekali sekala. Kenal dulu apa itu dosa dan apa itu pahala.....
Paksu boleh memaafkan mereka semua. Bukan apa, tak larat hendak melayan dengan kerenah yang sememangnya membuang masa dan tenaga.
Cuma satu yang Paksu minta. Ingatlah bahawa dunia ini ibarat roda, ada masa kita di atas dan ada masa pula kita kan di bawah. Tambahan lagi pepatah orang tua-tua ada berkata, bila pelepah tua luruh, pelepah muda jangan ketawa. Esok lusa mungkin giliran anda pula.....
Selamat malam semua!
No comments:
Post a Comment