Followers

Monday, 26 April 2010

Mulut Disuap Pisang, Buntut Dikait Onak

Maksudnya:

Bila berhadapan sentiasa bercakap manis dan asyik memuji, tetapi bila di belakang, asyik mengeji dan mengumpat.

Peribahasa ini walau pun agak keras dan kurang manis untuk diucap, namun ia cukup sinonim dengan kehidupan masyarakat kita masa kini.

Ramai daripada orang kita gemar berpura-pura, berlagak baik di hadapan tetapi sebenarnya penuh dengan tipu muslihat. Apatah lagi dalam politik. Ia ada di mana-mana. Hanya perlu memasang telinga. Tentu sekali anda tidak akan kecewa...

" Ya Dato' ..., Bagus Dato'..., Idea yang hebat, Dato'.... Tahniah Dato'....., Jangan bimbang Dato', semua ditanggung beres....Sokongan akar umbi kepada kita Dato'. Jangan risau, kami akan bersama Dato'..."

Ini semua ungkapan yang sering kedengaran. Pergilah mana-mana program UMNO / Barisan Nasional. Kata-kata begini seolah-olah menjadi  satu 'trade mark'. Malah ia kini telah menular  kepada parti-parti lain juga.

Tidak salah sebenarnya kita memuji atau memberi galakan kepada mereka yang telah bertungkus lumus bekerja untuk melaksanakan sesuatu program dan sebagainya. Apa yang dipertikaikan bukan itu. Yang ingin ditekankan ialah sifat mengutuk dari belakang. Mengata, menghasut, mengkritik, menghentam atau apa saja istilah yang ingin anda gunakan, ia tetap membawa makna yang sama.

Di depan kita, mulut mereka cukup manis... Sentiasa memuji dan memuja. Kitalah idola mereka. "We can do no wrong.." kata orang putih.! Ucaplah apa pun, mereka tetap akan bersetuju. Seolah-olah kita ini seorang 'genius' yang tidak ada tandingan di dunia ini....Semuanya kerana apa? Wang ? Projek? Pangkat? Harta? Jawatan dalam parti? Entahlah.. itu kena tanya mereka.!

Namun di belakang kita, mulalah mereka mengadu domba. Kita digambarkan seolah-olah orang yang paling jijik dalam dunia.

Dia tu bukan tahu nak buat program. Tidak pandai ambil hati rakyat. Tidak prihatin. Tidak tahu buat kerja. Tidak peka dengan apa yang berlaku dalam parti. Tidak tahu cara orang lama bekerja. Dia nak tunjuk pandai tapi sebenarnya apa pun tak tahu.....

Itulah ungkapan yang sebenarnya bermain di bibir mereka. Orang yang sama memuji kita, orang yang sama juga mengeji kita. Mungkin kerana itulah ramai daripada tokoh-tokoh politik negara kecundang dalam pilihan raya tidak lama dahulu.

Coretan ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. Cuma ingin mengingatkan sahaja. Maklumlah manusia (terutama orang Melayu) sememangnya mudah lupa....

Ingatlah... jangan rasa terlalu hebat bila dipuji, takut nanti memakan diri. Jangan suka berlagak sombong, takut kelak, kita akan makan hati berulam jantung....

2 comments:

Bicara Kedah said...

Lumrah politik memang lagu tu. Org bawah pandai bodek dan orang atas pulak suka orang bodek. Mereka tak suka kita cakap benar. Kena Tsunami sekali semuanya bongkar. Ada yang lari masuk PKR.

Anonymous said...

Bukan sahaja di bidang politik saja.. Ia seakan2 berada dimana saja. Ia sudah menjadi trends dimana di depan berbuat baik dan pabila dibelakang mengumpat mengeji..

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails