Followers

Sunday, 22 November 2009

Politik Kedah - Di Persimpangan Dilema....

Hari ini tersiar satu artikel yang cukup menarik dalam Utusan Malaysia.

Ia boleh diakses di alamat berikut :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
atau dibaca di bawah.

Ramai yang tersenyum sambil terangguk-angguk bila membacanya. Tidak kurang juga yang melenting dan menggeleng-geleng kepala....

Ia sebenarnya ringkasan atau rumusan tentang apa yang sedang dan masih berlaku dalam UMNO Kedah. Hakikatnya ialah
  1. Kepimpinan Dato' Shafiee Afdal masih belum berupaya menguasai 'war-lords' dalam UMNO Negeri Kedah
  2. UMNO Kedah masih berpecah belah dan berpuak-puak
  3. Semua bahagian dalam UMNO Kedah mempunyai masalah tersendiri - akibat pertikaian dan permusuhan sesama pemimpin tempatan - sikap berpuak-puak, cantas-mencantas dan pergelutan antara kumpulan yang ingin merebut jawatan
  4. Ramai pemimpin muda yang mula menonjolkan diri di bahagian -  namun  kehadiran mereka tidak begitu senangi sehingga berlaku cantas-mencantas.   
  5. Sindrom selesa masih berleluasa - pembangkang (kerajaan yang memerintah sebenarnya...) masih utuh dan semakin menawan hati rakyat dengan corak kepimpinan yang sederhana dan tidak provokatif
  6. Sindrom penafian (denial) - selesa - tidak ikhlas - hipokrit - negatif - mementingkan diri sendiri  masih menguasai kepimpinan UMNO Kedah.
Sekiranya UMNO Kedah ingin kembali berkuasa, rasanya muhasabah diri amat perlu. Berkurung dan berkursus di Janda Baik atau di mana sahaja tidak akan membawa sebarang impak jangka panjang sekiranya semua pemimpin masih selesa dengan sifat dan sikap yang lama.

Slogan BN Menang Kedah Senang mungkin hanya tinggal slogan semata-mata jika perubahan yang dituntut oleh rakyat tidak diimplementasikan dengan segera.

Hampir 20 bulan telah berlalu. Hanya maksimum 40 bulan lagi sebelum pilihan raya ke 13 perlu diadakan - maksudnya 1/3 masa telah dihabiskan untuk bertengkar , bertelagah, menuding jari dan sebagainya. Ahli dalam parti sendiri masih bercelaru. Inikan pula ingin memikat orang luar dan orang di atas pagar....

Rasanya masa berlalu terlalu pantas. UMNO Kedah perlu segera berubah. Maju ke hadapan dan bukannya mengundur ke belakang.

UMNO Kedah perlukan idola untuk dipertontonkan kepada rakyat sebagai alternatif kepada kepimpinan PAS atau Pakatan Rakyat. Dato'  Mukhriz? Dato' Jamil Khir? Dato' Bashah ? Dato' Mahathir Khalid? Mampukah mereka ini menandingi ketokohan Dato' Seri Azizan Razak atau Dato' Amirudin Hamzah ?

Walaupun imej Pakatan Rakyat agak tercalar disebabkan oleh pertelingkahan yang berlaku di peringkat nasional, namun hakikatnya imej Pas Kedah masih kukuh. Belum ada satu isu besar yang dianggap boleh meruntuhkan tembok pertahanan Pas setakat ini. Barisan pembangkang (UMNO) dalam DUN juga dianggap umpama singa yang telah hilang taringnya. Ditambah pula dengan tragedi wakil rakyat UMNO sendiri yang hilang jawatan dek kerana isu 'missing in action' daripada persidangan Dewan Undangan Negeri....

Pendek kata -

UMNO Kedah perlu mengakui hakikat ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukannya terus hanyut dengan mimpi-mimpi indah di zaman dahulu kala. Gendang perang  sudah  perlu dibunyikan sekarang. UMNO tidak boleh lagi terus berseloka dan bersandiwara.

Elakkan sindrom 'mat jenin' daripada menguasai diri supaya  kelak tidak menggigit jari lagi....
RENCANA



Dilema politik Kedah


Oleh Zulkiflee Bakar

MUNGKIN kalau mahu menyedapkan hati, tidak salah jika ada mana-mana pihak buat seketika menerima sahaja kenyataan UMNO Kedah yang menolak andaian wujudnya kumpulan dan puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri tersebut berpecah belah.

Malah tidak salah juga jika kita menerima dengan hati terbuka kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bahawa, semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Tetapi UMNO Kedah tidak boleh menghalang kalau orang bertanya apakah kenyataan itu sekadar retorik atau realiti dan lebih daripada itu, apakah sindrom penafian masih wujud di kalangan pemimpin parti tersebut biarpun kini mereka sudah kehilangan kuasa?

Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Kedah berhak menolak sebarang andaian atas alasan ia ‘‘cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada dalam parti’, tetapi mereka tidak mampu menyembunyikan fakta.

Dalam soal ini, selain maklumat yang diterima dan tinjauan yang dibuat, penulis berkesempatan mengetahui situasi sebenar politik di Kedah termasuklah peluang untuk UMNO kembali berkuasa. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sememangnya berpeluang untuk merampas semula negeri itu daripada Pas seperti mana kata seorang pemerhati politik, peluang BN ialah 60-40 bukan 50-50.

Tetapi semua itu bergantung kepada keikhlasan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Masalah yang paling ketara menurut pemerhati politik tersebut ialah di peringkat bahagian. Atas sebab itulah, pemerhati berkenaan menolak sebarang andaian untuk meletakkan sebarang kelemahan atau kesalahan kepada Shafie Apdal.

‘‘Kalau orang tahu apa sebenarnya berlaku di bahagian-bahagian UMNO di Kedah, mereka akan memahami siapapun yang menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, ia tidak akan berkesan.

‘‘Ia kerana bahagian-bahagian UMNO di Kedah sangat lemah, justeru tidak wajar kalau kita hendak menyalahkan Shafie. Beliau hanya dihantar oleh pucuk pimpinan bagi membantu tetapi sama ada akan berjaya atau tidak ia terletak kepada bahagian-bahagian UMNO menentukannya,’’ kata pemerhati politik tersebut.

Dalam soal ini, semua pemimpin UMNO di Kedah harus bertindak jujur, mereka perlu mengakui daripada 15 bahagian di negeri itu hampir kesemua ada masalah. Sikap berpuak-puak, cantas-mencantas dan pergelutan antara kumpulan yang ingin merebut jawatan ketua bahagian telah memungkinkan bahagian-bahagian UMNO berada dalam situasi yang cukup lemah. Oleh itu menuding jari kepada Shafie adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dan boleh diibaratkan hanya mahu menutupi kelemahan di peringkat bahagian.

‘‘Kebanyakan ketua bahagian hanya menguasai satu pertiga atau satu perenam sahaja bahagian masing-masing, lainnya semua di luar kawalan mereka,’’ kata pemerhati itu lagi.

Jika keadaan ini berlanjutan maka adalah mustahil bagi mana-mana juga pengerusi perhubungan untuk melaksanakan usaha bagi mengukuhkan parti dan seterusnya berhadapan dengan parti lawan dalam pilihan raya.
Akibat kelemahan di peringkat bahagian itu juga yang menjadi faktor utama kenapa sehingga ke hari ini, UMNO Kedah dilihat tidak berupaya untuk memberi sebarang cabaran bagi merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Selesa

Sama ada hendak diakui atau tidak, adalah jelas walaupun apa juga yang dikatakan oleh UMNO dan BN Kedah kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pas, namun di kalangan rakyat mereka dilihat semakin selesa dengan situasi sekarang. Dalam bahasa mudah, bak kata orang Kedah, ‘‘Biaq (biar) Pas perintah, tak dak masalah pun.’’. Mungkin kenyataan seumpama ini tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Kedah tetapi inilah realitinya selepas hampir 20 bulan, negeri Jelapang Padi itu berada dalam penguasaan Pas.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pas Kedah dikatakan semakin mendapat perhatian rakyat. Malah sikap Azizan yang sentiasa tenang dan tidak melakukan sebarang perubahan drastik yang boleh memaparkan kegelojohan apabila berkuasa seperti mana berlaku di Perak dan Selangor turut memberi kelebihan kepada kerajaan negeri pimpinan beliau.

Berdasarkan hakikat itulah, jika UMNO Kedah masih lagi dihinggapi dengan sindrom penafian dan membiarkan kelemahan di peringkat bahagian berterusan, percayalah apa yang berlaku di Kelantan akan berulang di negeri tersebut.

Dahulu UMNO Kelantan juga sering menafikan bahawa mereka berpuak-puak, malah setiap kali isu perpecahan dibangkitkan mereka menuduh media mempunyai agenda. Tetapi realiti di lapangan menunjukkan apa yang diperkatakan adalah satu kebenaran dan kesudahannya sejak tahun 1990 hinggalah sekarang Pas terus menguasai Kelantan.

Malah suatu ketika berikutan kekalutan yang berlaku dalam UMNO Kelantan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO turut menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Tetapi keadaan tidak berubah, Kelantan tetap gagal dirampas kembali oleh UMNO kerana pemimpin-pemimpin negeri itu terus bercakaran sesama sendiri.

Persoalannya apakah UMNO Kedah juga hendak membiarkan situasi ini berlaku di negeri mereka? Justeru bagi mengelakkan semua itu mahu tidak mahu pemimpin- pemimpin UMNO Kedah perlu berjiwa besar.

Mereka mesti bersikap terbuka untuk menerima teguran dan janganlah terlalu mudah melihat sebarang kritikan sebagai usaha menjatuhkan mana-mana pemimpin. Paling penting mereka harus memberi sokongan padu kepada Shafie dalam usaha memperkukuhkan UMNO negeri itu.

Shafie memerlukan sokongan padu yang sebenar-benarnya dan bukannya lakonan dalam usaha memastikan Kedah kembali ke pangkuan BN.

Keputusan pucuk pimpinan parti menghantar Shafie ke Kedah bukanlah tanpa alasan sebaliknya seperti mana kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir kehadiran Naib Presiden UMNO itu adalah tepat pada masanya.

‘‘Beliau terlibat secara langsung dalam menawan semula Sabah ketika menjadi pembangkang. Kita perlukan pengalaman beliau bagi memikirkan strategi dan pendekatan terbaik bagi menawan semula Kedah. Pada masa yang sama saya melihat bapa saya sentiasa sedia untuk membantu UMNO negeri dan pusat.’’ kata Mukhriz.

Selain berganding bahu dengan Shafie, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah juga harus mengakui bahawa ada masalah di peringkat bahagian-bahagian, kalau pun fakta ini dinafikan tetapi rakyat di kawasan terlibat mengetahui kedudukan sebenar.

Mereka juga perlu bersedia untuk menerima perubahan kepimpinan termasuklah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk menerajui negeri itu.

Sekali lagi penulis mendapati sentimen yang mahukan Mukhriz kembali menjadi salah seorang pemimpin utama di Kedah cukup kuat.

‘‘Mukhriz harus berkorban, beliau perlu berkhidmat di Kedah biarpun sepenggal, apabila situasi sudah pulih dan UMNO Kedah sudah mantap, Mukhriz boleh meneruskan perjuangan di peringkat pusat.

‘‘Situasi politik di Kedah memerlukan pemimpin muda seperti beliau yang dilihat mempunyai karisma dan mampu menarik perhatian rakyat negeri itu untuk kembali menyokong UMNO dan BN,’’ kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.

Penulis difahamkan pada masa ini memang terdapat ramai pemimpin muda yang mula menonjolkan diri di bahagian- bahagian tetapi malangnya kehadiran mereka tidak begitu senangi sehingga berlaku cantas-mencantas.

Semua ini tidak akan menguntungkan UMNO dan BN, sebaliknya ia akan mengakibatkan parti itu akan ketandusan barisan pelapis yang akhirnya akan mengakibatkan ia berkubur begitu sahaja.

‘‘Mahu tidak mahu seperti juga di Terengganu, pucuk pimpinan UMNO perlu mencari daripada sekarang siapa bakal Menteri Besar Kedah kalau parti itu kembali memerintah.

‘‘Strategi ini penting dalam meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,’’ kata seorang pemimpin veteran parti itu.

Apa pun keadaannya, adalah diharapkan UMNO Kedah akan terus bersikap terbuka dalam memperbaiki pelbagai kelemahan yang mereka miliki.

Dalam soal ini, perkara paling utama ialah bersikap ikhlas dan tidak bersikap hipokrit apatah lagi terus mengamalkan sindrom penafian. Jika sikap negatif itu berterusan, percayalah tidak mustahil panji-panji Pas akan terus tertegak di negeri tersebut seperti mana terjadi di Kelantan ibarat ‘pi mai pi mai tang jugak’.

Sunday, 15 November 2009

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh...


Tan Sri Muhyiddin Yassin talking to Barisan Nasional supporters after launching the "BN Menang Kedah Senang" tagline in Yan, Kedah on Friday. At left is Kedah Umno liaison chief Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Artikel yang disiarkan dalam News Straits Times hari ini (sila ke laman web berikut : ttp://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20mainn-2/Article/index_html atau baca di bawah) sesungguhnya cukup banyak maknanya.

Para pemimpin UMNO di negeri Kedah umumnya dan Kuala Kedah khasnya perlu berhenti sejenak dan bermuhasabah diri.

Semua orang tahu bahawa antara punca utama kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah dalam PRU 12 yang lalu adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam UMNO itu sendiri.

Orang UMNO sebelum ini masing-masing berlumba-lumba untuk mengejar pangkat dan kedudukan, harta dan kesenangan. Lobi melobi, cantas mencantas, fitnah memfitnah menjadi dijadikan amalan. Mereka yang berkelayakan ditolak ke tepi dek kerana lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan parti....

Riak, sombong, bongkak , perasan , bangga diri - lebih sinonim dengan UMNO. Begitu juga amalan rasuah, politk wang, nepotisma dan kronisma. UMNO yang dulunya gagah membela nasib bangsa dan agama, kini tidak lebih daripada platform untuk segelintir golongan elit untuk mengisi poket dan perut mereka. Rakyat semakin dilupakan, tanggung jawab terus diabaikan....

Kini masing-masing berlumba-lumba untuk kembali menawan hati rakyat. Masalahnya pendekatan yang diguna pakai masih belum menepati ciri-ciri dan kehendak orang ramai. Khidmat dan wang yang dicurahkan lebih merupakan 'publicity stunt'; dan bukannya lahir daripada kejujuran dan keihklasan....

Pemimpin UMNO mungkin lupa atau pun mungkin juga tidak sedar bahawa rakyat masa kini lebih bijak untuk menilai yang mana kaca, yang mana permata. Cerita-cerita lama tentang kehidupan dan perjuangan UMNO masa lalu tidak lagi boleh dianggap tiket untuk menawan hati masyarakat sekarang khususnya golongan muda.

Rakyat inginkan pemimpin yang mahu boleh memperjuangkan nasib mereka dan bukannya mereka yang hanya pandai menabur wang dan janji semata-mata. Pembangunan bukan lagi boleh dijadikan moto untuk menarik mereka..

Lihat saja apa yang berlaku di Kelantan . Kata mereka - " Orang BN / UMNO bagi wang, ambil ; bagi rumah, ambil ; bagi beras , ambil..; bagi apa saja pun, kita ambil.... Bila pangkah... mesti pangkah PAS !"

Kedah sememangnya berpotensi tinggi untuk kekal di tangan Pakatan Rakyat. Setakat ini, masih belum ada isu yang cukup mencabar atau mampu menggugat kestabilan mereka.

Hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional masih terus bercakaran sesama sendiri. Tugas sebagai pembangkang tidak dipedulikan sebaliknya pemimpinnya masih lemas dalam persengketaan dalaman. Kini telah hampir 20 bulan telah berlalu, belum ada tanda-tanda atau jalan penyelesaian yang bakal tiba...

Mungkin TPM datang tepat pada masanya. Orang UMNO Kedah perlu digerakkan daripada tidur yang lena. Jika masih belum sedar lagi selepas ini, mungkin sudah tiba masanya UMNO terus tidur untuk selama-lamanya.....


Petikan daripada artikel : In Kedah, Umno must come together or suffer - oleh Zubaidah Abu Bakar : 
NST 15.11.2009

THE internal bickering has to end before Kedah Umno can think of unseating Pakatan Rakyat in the state, writes ZUBAIDAH ABU BAKAR.

THE name of the action plan is "Strike" and Umno will be using this strategic initiative to form the Kedah government after the next general election.

The regeneration of Kedah Umno, although a little slow, has given birth to this strategic plan to serve the party until 2013, when the next general election is expected to be held.

The plan is about Umno remaining relevant in the state which has produced several national leaders, including former prime ministers Tunku Abdul Rahman and Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedah Umno leaders figured prominently in national politics, with several of them serving as cabinet members, especially when Dr Mahathir was prime minister.

Wresting back Kedah, despite the relatively steady state administration led by popular Pas leader Datuk Seri Azizan Razak, is possible considering the long and influential role played by Umno in the state.

There is, however, one perennial problem that needs immediate attention -- disunity among the 15 divisions that hinders smooth and effective implementation of these initiatives.


Being a highly-politicised state not short of prospective warlords, Kedah's political leadership badly needs to settle problems among the various factions.

The strength of Kedah Umno has always been the division chiefs, not the chairman of the state liaison committee.

Before the present state of Kedah Umno came into being more than a decade ago, many division chiefs had become ministers, deputy ministers and parliamentary secretaries.

Those were the good old days, the days of Umno's supremacy.

It may have come as a shock to Kedah Umno but the writing was on the wall before the green tide of Pas swept across the state on March 8 last year.

Pas won 16 state seats, the DAP one and Parti Keadilan Rakyat four. The PKR representative from Lunas has since become an independent.

Hence, the Kedah Umno warlords, unused to not wielding power in the state administration, were slow to adjusting to the new political balance of power. But the brooding is over. It is now time for action.

As Kedah-based political analyst Professor Mohamad Mustafa Ishak says, Kedah Umno leaders have to make it happen now that they know what they want to achieve and what action to take.

"They first have to be magnanimous to everybody because if they become election candidates, they cannot win without the support of the opposition in the party."

Mustafa, a professor of politics and international studies at Universiti Utara Malaysia, adds: "This has been proven time and again."

Division chiefs not having full control of their divisions is the main factor for Umno's defeats in electoral contests, not the strength of Pas.

Internal bickering, in varying degree of seriousness, is a problem in most divisions.

Local Umno observers say only five divisions are spared this malaise. It's not an unusual situation for a division chief not seeing eye to eye with his deputy or others holding positions in his division.

The situation now is that not only are the division chiefs facing internal opposition, but party vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, who has been entrusted to head Kedah Umno, is also suffering the same problem.

In what appears to be an attempt to rally support to remove Shafie, a report containing allegations of wrongdoings of the rural and development minister found its way into the hands of divisional leaders just before the recent Umno general assembly.

There was also no sympathy for a new division chief when he was attacked in cyberspace for arriving for the launching by deputy prime minister and Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin of the new tagline "BN Menang, Kedah Senang" ("BN wins, Kedah Prospers") after the event at Sekolah Agama Yan on Friday.

Kedah Umno can become strong again, drawing strength from both current and veteran leaders like Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid and Tan Sri Osman Arof, who surely are willing to contribute if their assistance is sought.

Failing to consolidate and unite may find Kedah Umno ending up like its counterpart in Kelantan.

Kelantan Umno has ended up as a weak opposition in the state assembly because it had, despite the many changes in leadership, failed to unseat Pas which took control of the state in 1990.

Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Razak, who visited Kedah in July, is aware of what is happening on the ground and had ticked off state divisional party leaders for jockeying to become election candidates rather than resolving their differences.

His message to the division chiefs and Umno's 14 state assemblymen was simple: shape up or be shipped out.

Not wanting Kedahans lagging like the Kelantanese, Muhyiddin, at the launching of the tagline, expressed concern over the incapability, particularly financial, of the current Kedah government to continue with the projects planned by the previous BN-led state government.

The people of Kedah have to bear the consequences, said Muhyiddin.

Kedah Umno leaders and members need to get together if they are to take on a re-vitalised Pas which has been strengthened after it came into power in the state.


For Kedah Umno, there is no other way than to work together and resolve outstanding contentious issues to counter Pas. Failure to do this will result in "Strike" and the "BN Menang, Kedah Senang" slogan remaining mere words.

Monday, 2 November 2009

Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Ini merupakan salah satu peribahasa yang cukup dalam maknanya. Istilah yang paling mudah ialah hipokrit atau berpura-pura. Banyak lagi peribahasa yang membawa maksud yang lebih kurang sama contohnya talam dua muka , pepat di luar runcing di dalam dan musang berbulu ayam.

Dalam Islam, terdapat istilah 'munafik' iaitu orang yang memiliki sifat nifaq (bermaksud apa yang dizahirkan tidak serupa dengan apa yang ada pada batinnya). Ia dianggap satu penyakit hati yang berbahaya dan berdosa besar.Dengan lain perkataan, seseorang itu menonjolkan lahiriah sebagai seorang Muslim padahal di hatinya ia menyembunyikan kekafiran.

Dalam surah At-Taubah ayat 101, Allah berfirman yang maksudnya:

'Antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka melampau dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka tetapi Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami seksa dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.'

Rasulullah saw telah menyebut bahawa antara sifat-sifat munafik:

'Sesiapa yang mempunyai tiga perkara ini, maka dia adalah seorang munafik walaupun dia berpuasa, bersolat, menunaikan haji, umrah, mengatakan dirinya seorang Muslim.'Para sahabat bertanya: 'Apakah tiga perkara ini?' Jawab Baginda: 'Iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia tidak menepatinya, dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.' (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis Bukhari, ada diterangkan petanda orang-orang munafik.

'Ada empat sifat; sesiapa yang bersifat dengannya bererti dia seorang munafik yang nyata, dan sesiapa yang mempunyai salah satu daripada sifat-sifat itu bererti dia mempunyai satu sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya.'Sifat-sifat tersebut ialah apabila bertutur dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri janjinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya dan apabila dia berbalah (bertengkar) dia melampaui batas.'

Sekarang, marilah kita merenung sejenak dan melihat apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Muhasabah semula diri sendiri sama ada kita juga memiliki ciri-ciri ini....

Pada zahirnya kita semua bersembahyang, berpuasa dan membuat pelbagai amal ibadat. Namun pada masa yang sama, kita menganggap pembohongan itu sebagai sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Janji yang dikata tidak pernah terniat untuk dikota. Amanah yang diberikan tidak dianggap sebagai tanggungjawab sebaliknya disalah gunakan untuk kepentingan peribadi dan keluarga sendiri.

Lihatlah pula kepada para pemimpin kita. Benarkah mereka juga memiliki ciri-ciri yang sama? Jika ya, kenapa pula kita terus mengagung-agungkan mereka?Pemimpin di zaman ini ramai (bukan semua...) yang lebih mementingkan pangkat dan jawatan. Bukan kerana keinginan untuk berbakti kepada masyarakat tetapi dek kerana ia menjanjikan kemewahan dan pelbagai kekuasaan. Janji kepada rakyat untuk berbakti bila sudah mendapat undi hilang begitu sahaja kerana telah dikaburi dengan kesenangan dan wang yang berguni-guni....

Tidak kira di mana tempat mereka. Di peringkat tertinggi mahupun dekat dengan akar umbi, sifat begini cukup berleluasa. Prinsip perjuangan rela dibuang kerana memikirkan peluang yang akan mendatang. Pemimpin yang dusta masih disayang kerana mereka masih mempunyai wang.

Siapa yang menjadi mangsanya kalau bukan orang kita. Rata-rata masih ramai orang Melayu yang masih merempat dan mengemis di bumi sendiri. Kepentingan orang lain diagung-agungkan, hak dan kepentingan bangsa sendiri terus diketepikan. Tidak ubah seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan mati kelaparan....
Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails