Followers

Wednesday 30 June 2010

Kenapa Manusia Semakin Gila..?



Harian Metro : 30.06.2010 - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangatasdaunpisang/Article ;
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayimenggigil1/Article


Semalam tersiar berita mengenai bayi lelaki yang ditinggalkan dalam 'Baby Hatch'. Hari ini pula dua bayi dibuang, satu di dalam tong sampah dan satu lagi di atas daun pisang.

Kenapa kita harus terus membiarkan perkara sebegini berlarutan? Mengapa begitu lambat untuk mengambil tindakan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik menangani isu ini?

Rasanya kita cukup bosan dengan kata-kata yang klise' seperti pentingkan didikan agama, dan sebagainya. Benar, itu penting. Tidak ada siapa yang menafikannya. Tetapi cukupkah dengan kata-kata?

Kita perlu ada pelan segera, jangka pendek dan jangka panjang. Kalau setakat mahu berdolak dalih dengan mengatakan masyarakat kita semakin sesat, apakah itu cukup untuk menyelesaikan masalah?

Langkah pertama ialah mengakuinya. Ya, masyarakat kita sudah lebih teruk daripada zaman jahiliah. Lebih teruk dari orang Arab yang menanam anak perempuan mereka kerana malu dan berasa terhina. Orang kita buang bayi tak kira apa jantina....

Jadi apa yang perlu dilakukan? Berceramah semata-mata ? Pendidikan seks? Bila nak dimulakan ? Esok, lusa, tulat ? Bila sebenarnya? Cukupkah dengan bercakap berulang-ulang tanpa sebarang tindakan?

Bagi Paksu, keadaan kini telah mencapai tahap 'darurat'. Kita perlu ubah segala paradigma yang sedia ada. Kita perlu tindakan segera. Bukan hanya menunggu sambil berdoa semata-mata.

Tindakan perlu pantas dan berkesan. Namun ia tidak akan berjaya tanpa sokongan semua tanpa mengira parti politik, bangsa mahupun keturunan. Ia memerlukan pemikiran di luar kotak dan mungkin lebih drastik daripada mana-mana tindakan yang pernah dibuat sebelum ini. Jika kita boleh melakukannya untuk melawan komunis yang jauh lebih ganas, mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk menghalang fenomena ini untuk terus berleluasa.

Orang agama, bijak pandai dan sebagainya harus berganding tenaga. Bukan bermasam muka atau tidak mahu berganjak dengan pendapat yang sedia ada. Ini bukan masanya untuk bertekak tetapi kita berlu sama-sama bertindak.

Janganlah dibiarkan anak-anak yang tidak berdosa ini terus menjadi mangsa. Mereka perlukan pembelaan segera. Tidak kira yang masih di dalam kandungan ibu mahupun yang telah dilahirkan ke dunia. Jagalah mereka, belalah mereka kerana itu sememangnya tanggung jawab kita semua.....

No comments:

Selamat Datang Ke Blog Tinta Persona....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails